Thursday, July 7, 2011

BHP dedah tips keselamatan



BH Petrol (BHP) menunaikan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar sekolah dengan mengadakan program ‘Cerah Ceria Seperti Saya’, satu inisiatif menyalurkan maklumat mengenai kemahiran dan kesedaran menyelamatkan diri di jalan raya.

Program itu dianjurkan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor selepas berjaya dilaksanakan di SK Simpang Lima, Sabak Bernam pada 4 Jun 2010, dihadiri lebih 700 pelajar.

Pengurus Besar Bahagian Operasi dan HSE BH Petrol, Mohamad Azahan Abdul Kadir berkata, program seperti ini diharap mampu mengurangkan kemalangan dalam kalangan pelajar selain mendidik mereka lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.

“Kanak-kanak yang kurang mendapat pendidikan berkaitan jalan raya mudah terdedah risiko kemalangan. Menerusi program ini, mereka akan didedahkan cara menghindarkan diri daripada kemalangan,” katanya.

Antara modul program adalah berjalan berhadapan dengan lampu isyarat, lima panduan selamat menyeberang jalan, berhenti secara selamat dan lain-lain aktiviti berkaitan keselamatan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: