![]() Natasha masih mahu menyanyi Tidak hanya berjaya menempatkan dirinya di negara Malaysia ini, Natasha juga dikenali di Indonesia melalui bidang peragaan dan lakonan. Namun, pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri ini bagaimanapun mengakui dia mula berasa bosan dengan watak-watak yang selalu diberikan kepadanya.
"Sekarang ini saya baru sahaja selesai dua buah projek komedi yang berjudul, Perang Celup bersama Man Raja Lawak, dan Riezman dan Keju dan Belacan bersama Shuib Sepah. Dua drama ini memang berbeza dengan watak kebiasaan yang saya lakonkan. "Saya bosan dengan watak yang sama, menjadi wanita baik, wanita bandar, itu semua sudah sinonim dengan lakonan saya, jadi mahu watak yang lebih daripada itu. "Kalau ada tawaran untuk watak ini, buat masa sekarang saya akan cuba untuk mengelak sebab saya tidak mahu membawa watak yang sama berulang kali. "Percubaan untuk watak komedi, memang saya berpuas hati. Sebenarnya saya memang seorang yang sedikit gila-gila bukan jenis orang yang serius, jadi bila saya membaca skrip itu, saya sudah tertarik dengan watak yang diberikan,"jelas Natasha Hudson yang menjadikan Jennifer Aniston sebagai idolanya dalam lakonan. Pernah cuba membawa dirinya ke Indonesia untuk cuba menembusi pasaran seni disana, jelas Natasha, selama 10 bulan dia di Indonesia, dia sempat menjalani tiga penggambaran sinetron dan merakamkan sebuah lagu bersama sebuah band di sana. "Pengurus saya ada panggil saya untuk pulang semula ke sana, tapi setakat ini masih belum berkesempatan. Untuk dua bulan ini saya memang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti disini, jadi saya tangguhkan dulu kerja di Indonesia. "Disana, ruang untuk saya berlakon memang besar, hari-hari ada saja audition. Tambahan pula, saya dahulu memulakan bidang modeling disana, jadi saya sudah ada pengurus yang menguruskan jadual. Namun, untuk terus berada disana agak sukar kerana saya terpaksa membayar taq yang mahal. "Saya sempat berlakon tiga sinetron sewaktu di Indonesia iaitu Antara benua, Cinta & Cita dan Melodi Hati. dan merakamkan sebuah lagu bersama band Macho iaitu, Benci Kamu.,"jelas Natasha. Masih meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian, Natasha kini sudah merakamkan tiga buah single terbarunya dan sebuah lagu khas untuk hari raya ini. "Untuk hari raya ini, saya ada hasilkan sebuah lagu berduet bersama kawan baik saya, Juliana Evans, namun setakat ini masih belum ada tajuk yang sesuai. Saya masih meneruskan minat dalam bidang nyanyian, dan setakat ini saya sudah merakamkan tiga buah lagu untuk dimuatkan dalam mini album saya iaitu, Jika Kau Ubah Dunia, Selama, dan Destani Bersiri.""luah Natasha. |
Friday, July 15, 2011
Natasha Hudson bosan bawa watak sama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: