Friday, July 22, 2011

Memang saya tertekan...Saida

"Bohonglah kalau saya kata saya tak rasa tertekan dengan apa yang sedang saya lalui sekarang." Demikian akui Saida yang kini menjadi perhatian pasal masalah rumah tangga yang belum selesai selepas beberapa kali naik turun mahkamah.

Namun walau apa jua tanggapan masyarakat yang mempersalahkan dirinya dan menuding jari kepadanya sebagai punca masalah keluarganya timbul, Saida tetap memperkuatkan diri demi anak-anak yang dalam proses membesar.

Biarlah apa orang nak kata...

"Orang boleh kata apa saja sebab mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya sendiri tak mahu membuka cerita sebab mahukan masalah ini diselesaikan dengan cara baik.

"Saya akui sekarang ini saya masih lagi berstatus isteri orang dan kami masih tinggal berasingan," kata Saida semasa ditemui dalam satu majlis di Kuala Lumpur semalam.

Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Taruddin juga tidak mahu bercerita panjang pasal hal tersebut kerana ia sudah masuk mahkamah. Dia tidak mahu apaa-apa yang diperkatakan akan mengeruhkan lagi keadaan. Tapi bila bertemu media, dia sedikit sebanyak perlu membuka mulut kerana perkara itu sering jadi topik perbualan.

"Saya kuat... saya boleh melaluinya. Apa yang ada dalam diri saya biarlah saya yang simpan. Saya ada juga bercakap dengan anak-anak dan keluarga kerana merekalah orang yang menguatkan semangat saya sepanjang melaluinya.

"Sekarang ini bila jumpa media, antara topik yang ditanya pasal perancangan sambutan bulan puasa dan menyambut Hari Raya. Pastilah saya akan terasa sebab kali ini saya membuat persiapan sendiri bersama anak-anak.

"Anak-anak pada mulanya kurang faham dengan masalah kami, tapi sekarang mereka sudah faham dan sudah boleh menerima keadaan ini.

Lakonan teater dapat perhatian.

"Kadang-kadang saya sedih juga apabila anak-anak dibabitkan dalam hal ini. Mereka tak sepatutnya ditanya atau dicakap apa-apa pasal masalah saya. Janganlah kacau mereka dan bertanya pasal saya," pinta Saida kepada masyarakat sekeliling.

Saida juga tidak mahu menambahkan tekanan dengan memasukkan cakap-cakap orang dalam kepala. Dia mengambil pendekatan membiarkan apa sahaja yang orang mahu cakap pasalnya. Dengan prinsip itu dia tidak akan menambah sakit di dada.

Sibukkan diri elak fikir masalah

Utamakan anak-anak.

Selain menguruskan anak-anak, Saida juga sibukkan diri dengan kerja hariannya di pejabat Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. serta aktiviti seninya. Dia masih menerima undangan mengadakan persembahan.

"Ada juga tawaran berlakon filem dan drama, tapi buat masa sekarang saya abaikan dulu. Bukan tidak berminat, sebaliknya dalam keadaan sekarang saya mahu utamakan anak-anak.

"Kalau saya sibuk sangat, nanti anak-anak akan terabai. Saya tidak mahu menjadikan mereka mangsa kepada masalah dan kesibukan saya sebagai artis," kata Saida yang mendapat pujian menerusi lakonan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa baru-baru ini.

Wataknya tidak besar kerana dia sendiri mahukan watak kecil kerana tidak mahu terlalu sibuk dengannya. Walaupun muncul dengan watak kecil, ada yang tertarik dengan lakonannya dan menawarkan watak lain. Itu satu petanda positif. Tapi buat masa ini dia belum bersedia.

"Kalau ada show di luar Kuala Lumpur pun saya akan pastikan untuk pulang ke rumah pada hari yang sama. Saya tak boleh berjauhan dengan anak-anak," sambungnya lagi.

Walaupun kemunculannya dalam dunia seni disaratkan dengan masalah rumah tangga yang menjadi bualan, Saida tidak pernah menyesal memilih cabang ini sebagai kerjaya.

"Sebelum ini saya hanya melihat dan merasai bentuk cabaran yang Siti (adiknya, Datuk Siti Nurhaliza) lalui. Sekarang saya sendiri yang melaluinya," kata Saida.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: