Sunday, July 3, 2011

Mencari Ratu Kebaya Pahang


Neelofa


SELEPAS menyaksikan kemeriahan program yang berlangsung di Melaka semalam, kini tibalah masa buat warga Pahang mencuba nasib untuk merangkul gelaran juara dalam pertandingan Ratu Kebaya 2011.

Bakal menemui warga Pahang pada 9 Julai ini, program akan diadakan di Tapak Expo Daerah Bera (bersebelahan Majlis Daerah Bera) sempena berlangsungnya Fiesta Bera 2011.

Kali ini, Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera, telah menjemput bukan seorang, tetapi tiga orang artis jelita yang bakal mewarnai suasana pertandingan.

Artis yang terlibat ialah pelakon Azzarima Zawari, Neelofa dan Abby Abadi.

Ketiga-tiga mereka bakal bertugas sebagai juri pertandingan peragaan yang tentunya menggunakan pakaian tradisional iaitu kebaya.

Selain itu, ini juga merupakan satu peluang buat warga Pahang untuk beramah mesra secara lebih dekat dengan ketiga-tiga artis ini.

Sebagai peringatan, program anjuran bersama produk Jamu Mak Dara dan produk kosmetik Forest’ Secret ini akan berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Selain mereka, peserta pertandingan juga berpeluang untuk bertemu dengan pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Shuib yang masih lagi tampak anggun menggoda pada usia mencecah 70-an.

Ibu Halimah akan muncul dalam satu sesi khas bersamanya melalui penganjuran Bengkel Cantik Sihat yang merupakan sebahagian daripada pakej istimewa program.

Bersama Ibu, peserta berpeluang berkongsi rahsia, petua dan amalannya untuk kekal awet muda termasuk bagaimana ibu menjaga kesihatan dalaman dan luarannya.

Selain itu, program juga akan menyediakan peserta dengan sesi bersama Forest’ Secret di mana mereka akan memberi tunjuk ajar mengenai asas dan teknik solekan khususnya untuk acara siang dan malam.

Pemenang Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara edisi Pahang akan menerima wang tunai berjumlah RM500 serta pelbagai lagi hadiah lain sebagai taruhan utama.

Selain wang tunai, peserta pertandingan yang dinobatkan sebagai juara Ratu Kebaya bakal membawa pulang hamper tajaan Forest’ Secret bernilai RM500 serta cenderahati eksklusif daripada Mingguan Malaysia.

Pertandingan dibuka kepada semua wanita yang berusia 18 tahun ke atas yang berperwatakan menarik, ceria dan berkeyakinan.

Usah risau mengenai berat badan kerana tiada had untuk mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.

Kategori dibuka kepada wanita berbadan besar

Kategori A adalah bagi peserta yang mempunyai berat badan di bawah 59 kilogram manakala kategori B pula dibuka kepada wanita yang memiliki berat badan 60 kilogram ke atas.

Bayaran pendaftaran untuk menyertai bengkel dan pertandingan yang dikenakan cuma RM80 seorang. Menariknya, setiap penyertaan akan menerima produk Jamu Mak Dara, cenderahati iringan eksklusif, termasuk makan dan minum sepanjang bengkel diadakan.

Selain membawa wang tunai, juara Ratu Kebaya di peringkat saringan ini juga layak untuk bersaing dengan peserta lain di peringkat akhir yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Selain gelaran Ratu Kebaya, peserta akhir juga bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM5,000, hamper serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam.

Malah, peserta yang dipilih sebagai Ratu Kebaya juga berpeluang menjadi model produk Jamu Mak Dara dan Forest’ Secret.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program, apa tunggu lagi, hubungi 019-2247191 (Kelly) atau 017-3448644 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: