Sunday, July 3, 2011

Medan terbaik mengukir nama


Arziba (belakang, dua dari kiri) bersama 16 peserta pusingan awal.


MELIHAT foto milik si kecil molek Arziba Iba, ramai yang terpikat dengan raut wajah serta solekan natural sentuhan pasukan jurusolek The Magical Touch Of Ian Sham.

Di depan lensa jurufoto yang semakin mengukir nama, Annas Easkey, dia beraksi penuh yakin. Tidak hairan di antara lapan finalis program Projek ‘X’ anjuran jurufoto bebas itu, dia menjadi pilihan sehingga mendapat undian tertinggi daripada pelayar laman sosial Facebook.

“Gaya semula jadi dan tidak kaku menjadikan Arziba pilihan ramai. Dia bukan model profesional, namun dia mempunyai bakat untuk pergi lebih jauh,” kata Annas ketika dihubungi.

Menurut pemuda berusia 23 tahun itu, Projek X, adalah terjemahan minatnya yang mendalam terhadap dunia fotografi.

Pelajar jurusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor ini sanggup mengeluarkan duit poket dan mencari penaja sendiri bagi merealisasikan impiannya.

Tujuannya cuma satu, memberi peluang kepada model-model baru mengembangkan bakat-bakat mereka melalui penghasilan satu gambar yang berkualiti.

“Projek ini ada tiga kategori iaitu lelaki, wanita bertudung dan wanita tidak bertudung. Kini ia sudah memasuki pusingan keempat di mana hanya lapan peserta yang tinggal. Sebenarnya saya mendapat penyertaan lebih daripada seribu ketika peringkat awal pertandingan,” katanya.

Bagi Arziba pula, penglibatan dalam Projek ‘X’ pada mulanya hanya sekadar suka-suka. Tidak disangka pula gambar yang dihantarnya menjadi pilihan. Namun dia tetap bersyukur dan menganggap ia satu platform dalam mengembangkan lagi kariernya yang baru berjinak-jinak dengan dunia peragaan.

“Nampak senang, tapi sebenarnya bukan mudah. Annas banyak mengajar tentang bagaimana untuk menghasilkan satu foto yang baik. Bukan sahaja teknik gambar malah model perlu memberi yang terbaik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: