Saturday, July 2, 2011

Lynas bawa untung



Kilang nadir bumi Australia, Lynas Corporation yang akan membina kilang pemprosesan RM700 juta di Gebeng, Kuantan, akan terus melabur di Malaysia.

“Setiap tahun, mereka menjangka membelanjakan RM400 juta jika kita melibatkan pengambilan pekerja, kemudahan dan kimia,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Menurutnya, projek Lynas akan membawa masuk jumlah perniagaan yang besar ke kawasan itu, untuk Pahang dan juga Malaysia termasuk dalam eksport tambah nilai.

Bercakap pada persidangan akhbar mengenai hasil penemuan pakar termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai aspek kesihatan dan keselamatan kilang Lynas Advanced Materials di Gebeng, beliau berkata, perniagaan nadir bumi ialah industri strategik yang boleh menarik industri lain termasuk teknologi hijau.

“Kita tidak akan ada industri dan teknologi hijau jika kita tidak ada ini sebagai permulaan. Bagi saya, ini adalah industri strategik,” katanya.

Ditanya mengapa Lynas memilih Malaysia dan bukan Australia untuk membina kilang itu, Rebecca berkata ia adalah atas alasan perniagaan.

Dalam laporan mereka, panel pakar berkata mereka “tidak menemui keadaan mengenai sebarang ketidakpatuhan terhadapan standard keselamatan radiasi antarabangsa” dalam projek Lynas.

Bagaimanapun, mereka telah mengenal pasti 10 perkara untuk saranan seterusnya bagi penambahbaikan.

Panel itu melawat Malaysia 29 Mei ke 3 Jun untuk misi mencari maklumat dan terima pengemukaan daripada orang awam, pemastautin, persatuan kumpulan komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, badan profesional dan parti politik.

“Terdapatnya 13 mesyuarat teknikal dan mereka bertemu 66 individu,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: