Saturday, July 2, 2011
PHB sedia jadikan Indonesia penjana pendapatan
HwangDBS Vickers Research meramalkan Parkson Holdings Bhd (PHB) bakal beroperasi di Indonesia sebagai penjana pendapatan utama.
Dalam satu nota penyelidikan, firma itu menjangka sumbangan keuntungan bersih Parkson Indonesia meningkat hampir sekali ganda daripada RM12.5 juta yang diramalkan dalam tahun kewangan 2012 kepada RM23.3 juta, 2013.
Ia menyumbang tiga dan 4.4 peratus keuntungan bersih yang diramalkan bagi tahun kewangan 2012 dan 2013.
“Selepas selesai urusan pengambilalihan PT Tozy Bingtang Sentosa pada pertengahan Jun, PHB akan melaksanakan usaha-usaha penjimatan kos,” kata HwangDBS.
Katanya, rangkaian pembekal kumpulan itu mendapat manfaat apabila mendapatkan barang dagangan yang lebih murah dan menyelaraskan perbelanjaan pemasaran dan struktur kakitangan.
Di bawah strategi jangka sederhana PHB, ia merancang untuk memperluas rangkaian gedung jualan runcitnya di Indonesia kepada 20 hingga 25 cawangan menjelang 2015 daripada enam sekarang.
PHB juga merancang untuk membuka beberapa cawangan baharu dalam enam bulan pertama tahun kewangan 2012, termasuk dua atau tiga cawangan baharu di Malaysia, lapan di China dan satu di Kemboja dalam tahun kewangan 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: