Saturday, July 2, 2011

Buka kedai rakyat di PPR


ORANG ramai berbaris membeli barangan pada hari pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia di Kelana Jaya pada 22 Jun lalu. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota bakal menjadi medan projek perintis pembukaan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia fasa pertama yang dilaksanakan tidak lama lagi bagi memperluaskan penjualan barangan harga murah kepada warga kota yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu menepati konsep kedai berkenaan untuk menjual pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan dan sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup warga kota.

“Kebanyakan kelompok masyarakat di PPR adalah mereka yang berpendapatan rendah dan semestinya menjadi sasaran utama kita.

“Kami sedang mengumpul data kedai-kedai runcit yang beroperasi di kawasan PPR di seluruh Kuala Lumpur untuk pelaksanaan program ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: