Monday, July 11, 2011

DiGi perkenal pelan baru

DiGi Telecommunication Sdn Bhd (DiGi) dengan kerjasama Chartis Malaysia Insurance Berhad (Chartis) baru-baru ini melancarkan Pelan Perlindungan Perjalanan DiGi yang menawarkan perlindungan perbelanjaan perubatan disebabkan penyakit, pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran pulang kerana kemalangan.

Ketua Strategi dan Transformasi Perniagaannya, Christian Thrane berkata, insurans asas perjalanan ini merupakan tambahan kepada portfolio sedia ada termasuk General dan Takaful PA.

“DiGi sentiasa menyediakan perkhidmatan yang memberi lebih nilai dan mampu milik kepada pelanggannya. Kerjasama dengan Chartis ini sekali gus memudahkan pelanggan memiliki perkhidmatan ini semudah menerusi telefon mudah alih.

“Pelan perlindungan ini juga adalah sebahagian usaha kami untuk menambah tawaran insurans dan faedah kepada pelanggan pada kadar bayaran premium yang lebih berpatutan,” katanya.

Selain itu, menurut Christian, pihaknya juga menyasarkan peningkatan berganda untuk produk insurans sedia ada berbanding tahun sebelumnya, dan berhasrat untuk sentiasa menawarkan produk lebih relevan kepada pelanggannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: