Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) merupakan pemacu utama sektor pembinaan, kata OSK Research Sdn Bhd.
Ia mengekalkan penarafan 'beli lebih' untuk sektor itu.
Dalam nota kajiannya, OSK Research berkata, selain Gamuda dan MMC selaku penerima manfaat utama KL MRT, KimLun Corp berpotensi membekalkan segmen lapisan terowong untuk laluan bawah tanah.
Jajaran akhir MRT sepanjang 51 kilometer (km) antara Sungai Buloh-Kajang (SBK), dengan 9.5 km melalui jalan bawah tanah, dilancarkan Jumaat lalu.
OSK Research menjangkakan tender untuk laluan bertingkat SBK akan dilaksanakan mulai sekarang hingga September.
Laluan bertingkat berharga RM12 bilion itu melibatkan lebih 20 pakej dan kira-kira 70 kontraktor mempunyai kelayakan awal untuk melaksanakannya.
Proses pra-kelayakan untuk kerja terowong sudah ditutup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: