
Watak sebagai ‘Cikgu Zakiah’ dalam drama Juvana yang disiarkan menerusi slot Aksi di TV3 yang baru melabuhkan tirainya, bagaimanapun telah melonjakkan nama empunya diri yang berasal dari Perlis ini.
Karakter lemah lembut, tenang dan penyabar Cikgu Zakiah itu membuatkan, Izreen, mudah menambat perhatian penonton.
“Sebenarnya, kejayaan saya melakonkan watak sebagai Cikgu Zakiah adalah daripada ibu saya sendiri. Sebab saya mengkaji ciri-ciri menjadi seorang wanita bertudung yang lemah lembut daripada ibu sendiri.
“Alhamdulillah, berkat kesungguhan itu, lakonan saya akhirnya mendapat respons baik daripada penonton walaupun pada hakikatnya saya adalah seorang yang kasar dan lasak.
“Malah, dapat juga akhirnya saya lakonkan watak baik apabila ditawarkan watak Cikgu Zakiah dalam drama Juvana. Sebelum ini banyak watak jahat,” katanya ketika ditemui ketika majlis ramah mesra drama terbarunya, Stanza Cinta, di Sri Pentas, baru-baru ini.
Menerusi drama arahan Along Kamarudin, yang bersiaran di TV3, setiap hari Ahad jam 9 malam itu, Izreen, berpeluang membawa watak baru dan berbeza dari lakonannya sebelum ini.
Memegang watak sebagai Umairah, rakan karib kepada Amni (Nur Fathia), Izreen berkata, bukan mudah untuknya melakonkan watak penderita barah hati.
"Setiap masa, saya harus menjadi orang sakit. Saya harus berjaga-jaga dengan ekspresi wajah yang menggambarkan saya tidak bermaya.
"Ini adalah kali pertama saya jadi orang sakit dan sebelum itu, saya buat kajian berkenaan penyakit kanser supaya saya dapat menghayati karakternya. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk menjiwai watak diberikan,” katanya yang turut membintangi drama itu di samping, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan Azhar Sulaiman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: