Tuesday, July 26, 2011

Suhaila dakwa dikasari Jimmy

Setelah lama berdiam diri, akhirnya isteri pengacara popular Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Elaini Datuk Suhaimy, tampil membuat kenyataan mengenai krisis rumah tangga yang berlaku selama ini.

Menerusi satu sidang media tergempar yang di adakan di pejabatnya semalam, Nursuhaila Eliani atau lebih mesra dengan panggilan Suhaila mendakwa dirinya, pernah dikasari oleh Jimmy membuatkan diri benar-benar takut dan tidak mahu kembali kepada suaminya itu.

Dalam sidang media itu, Suhaila menyingkap tindakannya yang melarikan diri dari lokasi bulan madu mereka kerana tidak tahan dengan sikap baran Jimmy.

“Saya tidak sangka dia seorang yang baran. Tidak seperti awal perkenalan kami dulu kerana sikapnya itulah saya takut untuk bersamanya lagi.

“Untuk pengetahuan semua, saya pernah disepak terajang oleh Jimmy hanya kerana perkara remeh-temeh. Dia seorang sukar untuk dibawa berbincang.

“Sudah lama saya bersabar dengan sikapnya yang suka meninggi suara, tetapi perkara itu hanya terjadi ketika kami berbulan madu,” katanya mengenai kisah awal pergolakan rumah tangga mereka.

Menurutnya lagi, setelah mengetahui sikap sebenar suaminya itu, Suhaila menjadi takut dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Jimmy.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: