Tuesday, July 12, 2011

Hapuskan caj 50 peratus


AHMAD Zahid (tengah) tertarik dengan naskhah al-Quran yang dipamerkan di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini tidak wajar mengenakan caj 50 peratus bagi setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pelanggan mereka yang mahu menyumbang kepada Program Wakaf Al-Quran.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana SMS tersebut adalah untuk amal jariah dan bukannya bagi mengaut keuntungan sebagaimana program hiburan realiti.

Katanya, Telco perlu membezakan Program Wakaf Al-Quran yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Yayasan Restu yang tidak berasaskan keuntungan berbanding program hiburan realiti seperti Akademi Fantasia (AF).

“Saya minta agar Program Wakaf Al-Quran pada tahun ini tidak dikenakan sebarang bayaran pemotongan bagi pengguna yang menggunakan pasca dan prabayaran untuk mana-mana syarikat telekomunikasi.

“Setiap sumbangan itu akan digunakan sepenuhnya dalam menerbitkan al-Quran bagi diwakafkan untuk kegunaan umat Islam di dalam dan luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Dana Wakaf Al-Quran Sinar Sejagat 2 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: