Tuesday, July 12, 2011

Zink, tulang manusia dalam sungai


SUNGAI Panchau di Banting lokasi penemuan barang bukti kes bunuh Sosilawati dan tiga rakan. Dua gambar kecil ialah gambar fail menunjukkan penyelam menemui gelang tangan dan zink.


SHAH ALAM - Juruselam Polis Gerakan Marin 1 Pulau Pinang, Koperal Merzuki Shahrim menemui cebisan disyaki tulang manusia sudah hangus, besi yang ada kesan terbakar, sebilah pisau, dua kunci, dawai dan gelungan dawai ketika menyelam di Sungai Panchau, Banting dekat sini pada 12 September tahun lalu.

Merzuki juga mendakwa telah menjumpai enam keping zink dipercayai dijadikan alas membakar mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandu, Kamarudin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohamad selepas mereka dibunuh.

Bukti lain turut dijumpai adalah segugus kunci kereta BMW dengan pemegang kunci tertulis perkataan Sytner di dalam longkang di kawasan USJ 1 Subang Jaya pada keesokan harinya.

Terdahulu, Merzuki yang merupakan saksi pendakwaan ke-22 bagi perbicaraan kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain itu berkata, dia bersama pasukannya menemui dua buah telefon bimbit BlackBerry berwarna hitam dan putih ketika menyelam di dalam longkang berdekatan pintu kunci air Pasar Besar Banting, pada pukul 7.15 malam pada 12 September.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: