Tuesday, July 12, 2011

Proses pemutihan PATI ditangguh


PENDATANG asing tanpa izin akan berpeluang melalui proses pemutihan apabila operasi 6P dilaksanakan tidak lama lagi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Berjuta pekerja asing khususnya yang masuk secara haram di negara ini masih boleh berasa lega apabila kerajaan menangguhkan program pemutihan besar-besaran pendatang itu berikutan tahap persiapan pelaksanaan program itu belum memuaskan hati.

Program itu yang meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran (6P) sepatutnya bermula semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perancangan yang baik sahaja tidak cukup jika elemen pelaksanaan belum mencapai tahap cukup bersedia.

"Saya mahu apabila kita nak mulakan program 6P ini, semua yang terlibat termasuk pekerja asing, majikan dan pihak negara ketiga telah tersusun supaya tidak berlaku kekangan bila operasi bermula,'' katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

1 comment:

  1. those PATI should not be given amnesty as they has bring a lot of problems to our country. Send them back to their country

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: