Thursday, July 7, 2011

Gema Audio Expressionist Plus


PERANTI saiz kecil ini memancarkan bunyi yang hebat menerusi dua pemacu speaker yang masing-masing mengeluarkan kuasa 4 watt.


KEUPAYAAN sistem audio memainkan peranan penting dalam memberi kepuasan kepada pengguna apabila mendengar muzik ataupun menonton filem kegemaran mereka.

Pengguna pastinya teruja apabila dapat merasai pengalaman sistem audio berkualiti tinggi terutamanya apabila ketika bersantai di rumah.

Bagaimanapun, kini lebih ramai pengguna yang inginkan sistem audio mudah alih bersaiz kecil tetapi mempunyai impak audio hebat untuk digunakan bersama komputer mereka.

Menyedari kepentingan itu, Altec Lansing yang cukup terkenal dalam mempelopori sistem speaker mudah alih telah membangunkan sistem audio Expressionist Plus untuk memenuhi permintaan pengguna itu.

Sistem audio Altec Lansing Expressionist Plus menawarkan output audio lebih berkualiti dan berkuasa untuk memastikan pengguna merasai kepuasan optimum.

Peranti yang mudah dibawa dan ringan itu menghasilkan bunyi jelas menerusi dua pemacu speaker bersaiz lima sentimeter (sm) dengan mengeluarkan kuasa 4 watt setiap satu untuk memberi kuasa audio kepada pengguna.

Dalam pada itu, keupayaan subwufer sebesar 13.3sm pula memberikan audio bass bergema agar pengguna merasai pengalaman menakjubkan mendengar sistem audio itu terutamanya ketika menonton filem kegemaran melalui komputer mereka.

Selain sesuai digunakan pada semua model komputer yang boleh disambung kepada dok, jek input tambahan disediakan agar ia dapat disambung kepada pemain MP3, cakera padat (CD), cakera padat digital (DVD) dan lain-lain.

Saiz kecilnya juga memudahkan pengguna untuk mengisi ruang dan membetulkan kedudukan sistem audio berkenaan agar dapat memberi output audio terbaik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem audio Expressionist Plus boleh melayari laman web http://international.alteclansing.com/malaysia/.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: