Thursday, July 7, 2011

Rekaan sempurna Liquid Metal


SAIZ paparan skrin besar dan jelas melancarkan akses kepada pelbagai aplikasi.


ENAMA Acer sememangnya cukup sinonim dalam industri perkomputeran antarabangsa. Penghasilan pelbagai produk yang dilengkapi teknologi canggih dan terkini menjadikan ia salah satu jenama popular dalam kalangan penggemar peranti pada hari ini. Kepakaran menghasilkan peranti canggih dan teknologi tinggi tersebut tidak terbatas kepada produk perkomputeran sahaja malah diketengahkan dalam segmen telefon pintar untuk memenuhi permintaan pengguna.

Dengan menampilkan model Liquid Metal menggunakan platform sistem operasi Android 2.2, telefon pintar itu dijangka mampu menarik perhatian pengguna peranti telefon pintar terutamanya mereka yang sentiasa menitikberatkan kualiti premium. Ia yang mempunyai reka bentuk menarik dengan saiz paparan skrin sentuh 9.1 sentimeter Active Matrix TFT Colour LCD yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna. Saiz paparan skrin besar dan jelas dapat memudahkan lagi pengguna menggunakan pelbagai ciri terkini yang ditawarkan telefon peranti berkenaan.

Dalam pada itu, mereka yang gemar melayari Internet akan merasai pengalaman menakjubkan apabila menggunakan Liquid Metal. Kepantasan pelayaran alam maya dapat dinikmati kerana ia didatangkan bersama sokongan Flash dan penggunaan enjin JavaScript secara optimum. Antaramuka pengguna yang dibangunkan dengan teknologi terkini juga memudahkan lagi pengurusan aplikasi dapat dilakukan lebih mudah.

Lebih menarik, informasi paparan skrin dapat dilihat oleh pengguna walaupun skrin dikunci pengguna.

Mereka juga boleh melihat sejarah aplikasi yang digunakan sebelum ini untuk memastikan kemudahan di hujung jari pengguna. Telefon pintar Liquid Metal yang hanya mempunyai berat 135 gram turut memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubah skrin mengikut kehendak mereka agar mudah digunakan apabila berada di mana-mana sahaja. Populariti laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga dapat digunakan melalui peranti telefon pintar ini lantaran penyediaan aplikasi yang lancar.

Dengan menggunakan Acer SocialJogger, pengguna boleh melayari laman web lebih mudah dan mendapat pelbagai pengemaskinian melalui widget disediakan pada paparan skrin. Selain itu, bagi pengguna yang menggemari fungsi rakaman video, mereka tidak akan berasa hampa apabila menggunakan telefon pintar ini kerana ia dicipta bersama ciri video definisi tinggi (HD). Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar Liquid Metal boleh melayari laman web www.acer.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: