|
|
Pelantun lagu Cinta itu memberitahu, dia gemar mengumpul gelang kesihatan jenama Dymium kerana percaya dengan kelebihan yang ada pada aksesori berkenaan.
Setakat ini, kata Mohd., dia memiliki empat utas gelang tersebut yang menjadi koleksi kesayangannya di samping beberapa barangan lain yang mempunyai nilai sentimental.
"Selain boleh bergaya dengan gelang ini, ia juga ada manfaatnya yang tersendiri.
"Antara penyakit yang dipercayai boleh dihindarkan ialah sakit jantung, sakit sendi dan macam-macam lagi kerana gelang ini mampu mengawal jumlah kolestrol yang terdapat dalam badan.
"Alhamdulillah, saya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya.
"Bagaimanapun, saya tidaklah meletakkan 100 peratus kepercayaan terhadap produk ini kerana ajal maut itu ketentuan Allah," ujar Mohd. kepada S3 ketika sesi fotografi di pejabat Dymium di Puchong baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mohd. memberitahu, dia juga memiliki beberapa utas jam tangan dalam koleksinya.
Katanya, ada di antara jam itu dibelinya sendiri dan ada juga diberikan oleh peminat serta insan tersayang.
"Saya akan menggunakannya secara bergilir-gilir mengikut fesyen yang digayakan.
"Hingga kini, belum ada lagi jam-jam ini yang rosak. Saya menyimpannya dengan rapi supaya boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang," jelas Mohd. sambil menunjukkan koleksi jam tangannya.
Sementara itu, Mohd. merencanakan masa depannya yang lebih baik apabila bercadang untuk menjalankan bisnes miliknya sendiri.
Jelasnya, berbekalkan duit kemenangan Mentor 4 berjumlah RM100,000 serta suntikan modal daripada ayahnya, Mohd. berminat untuk membuka stesen minyak.
"Jika diizinkan Allah, saya akan membukanya di negeri kelahiran saya di Johor.
"Tetapi, lokasinya masih belum diputuskan kerana selain dalam perancangan, banyak lagi perkara yang perlu dikaji," jelas Mohd. menoktahkan bicaranya pada petang itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: