![]() |
| Mulan Jameela |
BEKAS suami Mulan Jameela, Harry Nugraha ketika ini menjadi buruan dan terpaksa menjawab mengenai gosip bekas isterinya yang melahirkan anak ketiga baru-baru ini.
Dalam satu wawancara, Harry telah pun membuat pengakuan bahawa sememangnya Mulan telah pun melahirkan anak ketiganya dan dia turut mengetahui siapa ayah kepada bayi tersebut.
Kata Harry kepada sebuah akhbar di Jakarta, dia telah bertemu dengan Mulan berserta bayi perempuannya itu.
Menurutnya, bayi perempuan Mulan itu sangat cantik. Namun, dia lupa dengan nama bayi tersebut.
Harry berkata, bayi itu memang merupakan hasil hubungan Mulan dengan pemilik syarikat pengurusan dan rakaman, Republik Cinta iaitu Ahmad Dhani.
Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan bekas suaminya, Mulan yang ditemui dalam program Dahsyat pada minggu lalu, terus senyap serta enggan memberikan apa-apa komen.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: