Sunday, July 10, 2011

Cinta Justin-Jessica kembali bertaut


JUSTIN TIMBERLAKE (kiri) dan Jessica Biel.


PASANGAN Justin Timberlake dan Jessica Biel pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka dilaporkan putus cinta secara tiba-tiba.

Namun baru-baru ini khabar angin yang bertiup mendakwa bahawa pasangan yang bercinta sejak empat tahun lalu itu sebenarnya masih menyimpan perasaan terhadap satu sama lain.

“Mereka dilihat kembali bersama. Mereka juga saling bertanya khabar sesama sendiri.

“Jessica seperti ingin kembali bersama Justin dan Justin juga sedar bahawa hidup sendirian adalah bukan untuknya,” kata satu sumber kepada US Weekly.

Khabar lain juga menjelaskan bahawa kedua-dua pasangan yang dikatakan telah putus cinta sejak Mac lalu itu dilihat menikmati makan malam bersama di Toronto, Amerika Syarikat selepas putus cinta.

Namun begitu, sumber menjelaskan mereka tidak ingin kembali bercinta dengan terburu-buru kerana mahu memberi perhatian kepada hal masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: