
Pengarah Eksekutif Tan Chong International, Glenn Tan, berkata, penjenamaan ini penting kerana ramai pengguna Malaysia yang menganggap Subaru sebagai satu jenama kecil.
“Kami akan mengubahnya dan menjalankan pengiklanan baharu dan kempen-kempen promosi serta bekerja bersama Astro dengan membuat mengkaji teliti untuk meluaskan jenama Subaru dalam tempoh 18 bulan akan datang,” katanya, yang juga Ketua Eksekutif Motor Image, cabang pengurusan Subaru Tan Chong di rantau ini.
Pada 6 Julai, Fuji Heavy Industries Ltd menandatangani memorandum persefahaman dengan Tan Chong Group untuk memasang kenderaan utiliti sukan Subaru (SUV) di Malaysia.
SUV tempatan itu akan dipasarkan di Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi rangkaian jualan dan pengedaran Subaru Tan Chong Group.
“Sebelum kami melancarkan model itu (SUV), kami akan membangunkan jenama bagi mengubah persepsi rakyat. Itu sangat penting,” katanya.
Tan berkata, Tan Chong kini berusaha meluaskan capaiannya di Asean dan menjadi syarikat pertama yang bekerja bersama pengeluar Jepun untuk meningkatkan kehadirannya di sana dari Malaysia.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai pasaran kereta penumpang tertinggi.
“Malaysia berpotensi besar, kami mahu memastikan rakyat Malaysia mengenali jenama kami dengan baik. Kami sudah menjual kereta Subaru sejak tahun 80-an. Selepas jurang yang luas, kami kembali secara besar-besaran.
“Biasanya, orang cenderung mengeksport kereta dari Thailand ke Malaysia atau dari Indonesia ke Malaysia, kini kami melaksanakannya dari Malaysia ke Thailand dan Indonesia. Kami akan meluaskan rangkaian pengedaran ke Asean sebanyak 10 kali daripada jumlah premis yang kami ada untuk pengedaran Subaru ke tiga negara berkenaan,” katanya.
Tan berkata, kenderaan berkenaan akan dilancarkan sama ada akhir atau awal tahun depan.
Menurutnya, mengenai jualan kumpulan itu pertumbuhan terbesar direkodkan di China tahun lalu.
“Kami menjual kira-kira 13,000 unit pada tahun lalu dan kami berharap China, Taiwan dan Filipina terus menyumbang angka yang tinggi tahun ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: