Monday, July 11, 2011

Angelina, Jessica paling lumayan

BINTANG... walaupun aksinya dalam filem The  Tourist agak mengecewakan, filem itu berjaya mengaut  keuntungan sebanyak RM843 juta di seluruh dunia.
BINTANG... walaupun aksinya dalam filem The Tourist agak mengecewakan, filem itu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM843 juta di seluruh dunia.

AKTRES terkenal Angelina Jolie yang sering dibandingkan dengan Jennifer Aniston, bekas isteri pasangannya Brad Pitt, pasti tersenyum puas kerana dinobatkan sebagai aktres berpendapatan paling tinggi di Hollywood.

Angelina tersenarai sebagai aktres berpendapatan paling tinggi tahun ini, dalam senarai majalah Forbes.

  • Foto

    JATUH... pendapatan Cameron Diaz jatuh dari RM96 juta tahun lepas kepada RM54 juta saja tahun ini.

  • Foto

    KLASIK... Meryl Streep mendapat pendapatan sebanyak RM30 juta untuk satu filem.

  • Foto

    TIDAK MENARIK... filem sekuel Sex and the City dikritik hebat tetapi tetap mencapai RM873 di box office.

Bintang filem The Tourist itu berkongsi tempat dengan Sarah Jessica Parker dengan pendapatan sebanyak AS$30 juta (RM90) juta dari May 2010 hingga May 2011.
Jennifer pula berkongsi tempat dengan aktres Reese Wi therspoon dengan pendapatan sebanyak RM81 juta. Jennifer naik satu anak tangga manakala Reese jatuh dari tempat kedua, tahun lepas.

Dua filem Angelina, ‘Salt’ dan ‘The Tourist’ masing-masing mengaut keuntungan sebanyak RM900 juta dan RM843 juta.
Filem sekuel ‘Sex and the City’ yang dibintangi oleh Sarah Jessica Parker walaupun mendapat kritikan hebat dari pe minat, masih mampu mengaut untung sebanyak RM873 juta. Jumlahnya masih rendah berbanding dengan filem pertama yang mengaut untung sebanyak RM1.2 billion.


Sarah yang juga direktor kreatif untuk Halston Heritage, juga memperolehi pendapatan sampingan dari jualan minyak wangi jenamanya.

Sarah juga berlakon dalam sebuah lagi filem romantik komedi ‘I Don’t Know How She Does It’. Ada khabar angin mengatakan filem ketiga dari sekuel ‘Sex and the City’ akan dibuat tidak lama lagi
Bagi Jennifer pula, walaupun filem-filemnya tidak mendapat sambutan, pendapatan aktres itu tidak terjejas.

Bekas pelakon sitkom ‘Friends’ ini yang berganding dengan Adam Sandler di dalam filem ‘Just Go With it’, mengaut keuntungan sebanyak RM638 juta. Siri komedi terbarunya ‘Horrible Bosses’ juga dijangka disiarkan dalam bulan ini.

Jennifer berkongsi tempat dengan Reese Witherspoon yang pernah mendapat tempat paling atas dalam senarai yang sama pada tahun 2007.
Filem Reese ‘How Do You Know’ tahun lepas, mengalami kerugian sebanyak RM220 juta.

Filem terbarunya ‘Water For Elephant’ yang dilakonkan bersama Robert Pattinson setakat ini mengaut keuntungan sebanyak RM172 juta. Filem tersebut dibuat dengan bajet sebanyak RM114 juta.

Julia Robert pula masih mampu mengekalkan kedudu kannya sebagai antara aktres termahal. Dengan hanya mem bintangi satu filem saja, beliau mampu meraih pendapatan sebanyak RM60 juta.

Selain berlakon, Julia juga menjadi duta bagi produk kosmetik Lancome dan kopi jenama Lavazza. Ini membantu menambahkan lagi pendapatan bintang itu.
Difahamkan Julia dibayar 1.2 juta euro (RM515 juta) hanya untuk 45 saat bercakap untuk iklan kopi dari Itali itu.

Turut berkongsi tempat dengannya adalah bintang Twilight Kristen Stewart yang turut meraih pendapatan sebanyak RM60 juta berlakon dalam filem francais puntianak (vam pire).

Kristen baru saja selesai penggambaran untuk filem terakhir ‘Breaking Dawn’ bahagian Satu dan Dua. Beliau dijadualkan membintangi filem ‘Snow White and the Huntsman’ tidak lama lagi.

Seorang lagi bintang popular Katherine Heigl meraih pen dapatan sebanyak RM57 juta. Cameron Diaz pula jatuh pendapatannya. Tahun ini pendapatannya hanya RM54 juta berbanding RM96 juta, tahun lepas.

Filem komedinya ‘Bad Teacher’ yang sedang ditayangkan, mendapat sambutan hangat. Filem tersebut memperolehi keuntungan sebanyak RM93 juta sejak mula ditayang, minggu lepas.

Sandra Bullock yang dinobatkan sebagai aktres yang mem punyai pendapatan paling tinggi tahun lepas, juga jatuh. Dia hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM45 juta ber banding RM168 juta tahun lepas.

Pemenang Oscar ini berehat sebentar selepas bercerai dengan suaminya Jesse James untuk menumpukan perhatian kepada anak angkatnya, Louis. Sandra kini kembali berlakon untuk filem terbarunya ‘Extremely Loud’ bersama aktor George Clooney.

Meryl Streeps pula dinobatkan antara sepuluh aktres teratas yang mendapat pendapatan sebanyak RM30 juta untuk filem romantik komedi ‘It’s Complicated’.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: