Bermula Julai ini, RTM mengembalikan dua siri nos-talgia animasi Anak-Anak Sidek dan Bola Kampung.
Anak-Anak Sidek akan bersiaran pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, manakala Bola Kampung , setiap Isnin hingga Khamis, juga di waktu yang sama.
Pastinya kedua-dua siri animasi ini mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda. Semangat adik-beradik yang cintakan sukan badminton menerusi animasi Anak-Anak Sidek dapat memberikan anda motivasi berguna.
Bola Kampung juga tidak kurang hebatnya. Mengisahkan kegigihan tiga remaja yang menubuhkan pasukan bola sepak di kampung mereka. Pelbagai cabaran harus ditempuhi, namun dengan semangat yang ada, pasukan mereka tetap utuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: