Saturday, April 18, 2009

Tuah Bukan Sekadar Luaran

SIAPA sangka dengan merakamkan nyanyian lagu Camelia, Bukan Sekadar Luaran di dalam Youtube telah melayakkan Sri Ismail,31, memenangi hadiah pertama Pencarian Bintang Innershine iaitu percutian ke Bali serta pakej spa kecantikan untuk dua orang, yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, dia tidak menyangka nyanyiannya yang bersahaja disertai dengan tarian oleh rakan-rakannya membuahkan hasil yang lumayan.

"Saya mendapat idea membawa rakan saya untuk menari bersama ketika mengikuti kelas tarian semasa pertandingan ini bagi mencantikkan persembahan saya.

"Tetapi saya tidak sangka pula akan menang kerana kesemua finalis memberi persembahan yang mantap dan vokal mereka memang hebat," ujar Sri yang sebelum ini banyak menyertai pertandingan nyanyian seperti Malaysian Idol dan Audition.

Berbeza dengan Shahiran Sukardi, 23, percubaan pertamanya dalam memasuki pertandingan nyanyian melayakkan dia mendapat tempat kedua. Dengan kemenangan itu, Shahiran, menerima pakej percutian ke Pulau Redang serta pakej spa kecantikan untuk dua orang.

Pemenang tempat ketiga yang memenangi pakej percutian ke Pulau Langkawi selama tiga hari dua malam serta pakej spa kecantikan untuk dua orang pula dimenangi oleh gadis manis berusia 26 tahun, Elifa Idris.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: