|
|
KUALA KRAI - Seorang warga emas terkejut besar apabila geselan lembut pada kaki kirinya yang disangka kucing peliharaannya rupa-rupanya seekor ular sawa sepanjang tiga meter.
Kejadian berlaku pada Ahad baru-baru ini ketika Che Minah Deris, 60, berada di dapur rumahnya di Kampung Perial di sini pada pukul 2 pagi.
"Ketika itu mak cik hendak ke bilik air. Tiba-tiba mak cik rasa macam ada benda yang bergesel-gesel manja pada kaki mak cik.
"Mak cik ingatkan kucing di rumah ni tetapi alangkah terperanjatnya mak cik rupa-rupanya yang bergesel-gesel itu seekor ular sawa yang panjang," katanya yang tinggal berdua dengan cucunya, Sarimah Mat Ayub di rumah tersebut.
Menurut Che Minah lagi, ular itu bagaikan terperanjat lantas menggigit serta cuba membelit betisnya.
Bagaimanapun, ular sawa itu melepaskan belitannya dan cuba bersembunyi di dapur.
"Saya menjerit sebaik sahaja kaki saya digigit. Sarimah terkejut daripada tidur dan bergegas ke arah saya. Ketika lampu dapur dibuka, kami nampak ular sawa itu cuba bersembunyi di bawah beranda dapur," ujarnya.
Che Minah terus meminta Sarimah meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghalau ular sawa tersebut.
ADA ADA AJA CHEK....
ReplyDelete