Tuesday, April 28, 2009

Isteri Caine terkesan dengan watak terbaru dibawanya

Shakira langsung tidak suka watak yang dibawa oleh suaminya Caine dalam fielm terbarunya

ISTERI pelakon veteran Michael Caine begitu terganggu dengan watak yang dilakonkan oleh suaminya sehingga dia tidak membenarkan anak mereka, Natasha yang mengandung untuk menonton filem itu.

Caine, yang berusia 73 tahun itu melakonkan watak seorang silap mata yang menghabiskan hayatnya dengan sedih sekali dalam filem yang bertajuk 'Is Anybody There.'

Isterinya Shakira berasakan filem yang dilakonkan Caine itu begitu menganggunya dan tidak mahu Natasha turut terkesan dengan filem itu.

"Dia langsung tidak menyukai filem itu. Tapi saya faham apa yang dia rasakan setelah menonton filem itu," kata Caine kepada sebuah akhbar.

"Shakira menyatakan pada saya bagaimana dia sedih melihat saya mati dalam filem itu. Walaupun dia pernah lihat saya mati dalam banyak filem sebelum ini, tapi filem ini agak berbeza.

"Katanya, kali ini dia melihat saya mati sebagai seorang tua dan ini benar-benar menyedihkannya," kata Caine.

Caine berharap sangat untuk mendapat anugerah akademi bagi watak di dalam filem ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: