Kisahnya macam ni... kawan Mangga Muda mahu mendapatkan khidmat selebriti popular sorang tu untuk hadir ke satu majlis. Bukan free ada bayaran. Kawan Mangga Muda tu artis juga. Dia hubungi nombor telefon genggam si selebriti tampan yang popular dan masih bujang tu.
Dia terkejut apabila panggilannya dijawab oleh si pengurus tadi. Kalau angkat dan layan dengan elok tak apalah jugak, tapi dihamunnya artis tadi.
"Daripada nak dapatkan khidmat selebriti itu, terus aku lupakan sahaja. Kita nak bagi job tapi dihamunnya kita pula.
"Ada ke patut dia maah-marah dan mengatakan talian itu bukan milik si selebriti, tapi milik dia. Kesat sungguh bahasa dia," rungut artis tadi.
Mangga Muda pun kenal juga dengan selebriti yang dimaksudkan tu. Si pengurus itu pun Mangga Muda kenal jugak. Dulu senang aja menjawab panggilan, tapi apabila sudah popular ni liat sikitlah. Biasalah manusia suka berubah apabila ada nama sikit. Mangga Muda pun lama tak berhubung dengan dia, tak tahu pula telefon bimbitnya dah bertukar tangan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: