Thursday, April 30, 2009

Terkejut buaya di depan pintu rumah


GAMBAR menunjukkan seekor buaya 'melepak' di hadapan pintu sebuah rumah di Florida, Amerika Syarikat.


FLORIDA - Seorang wanita, Belinda Donaldson terkejut apabila seekor buaya berukuran 3.35 meter 'lepak' di hadapan pintu rumahnya di Westchase, Hillsborough County, di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kehadiran buaya itu pada mulanya disedari beberapa jiran wanita tersebut yang kemudian bertindak menelefonnya.

Bagaimanapun, Belinda tidak mempercayai kata-kata jirannya itu tetapi tergamam selepas melihat kelibat buaya tersebut melalui tingkap rumahnya.

Dia yang ketakutan menghubungi pasukan penyelamat hidupan liar untuk mendapatkan bantuan selepas buaya terbabit enggan berganjak.

Seorang saksi berkata, pasukan penyelamat hidupan liar mengambil masa satu jam untuk menangkap buaya tersebut sebelum membawa haiwan itu dengan menggunakan sebuah trak ke habitat asalnya.

Kemunculan buaya di kawasan awam itu kerap berlaku terutama pada musim panas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: