IKHWAN (dua dari kanan) masih menjadi teraju utama dengan memegang watak Bong yangmenjaga empat anak saudaranya. |
DRAMA bersiri Bong adalah di antara siri drama tempatan yang mendapat tumpuan masyarakat negara ini. Drama yang disiarkan menerusi TV9 pernah meraih minat 800,000 penonton bagi musim sebelum ini.
Atas kejayaan itu, Bong kini bakal kembali bagi musim keenam bermula 18 Mei depan.
Masih memperlihatkan gelagat Bong menjaga empat anak saudaranya yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun masih tetap menerapkan elemen harmoni kekeluargaan, kasih sayang, percintaan dan kelucuan.
Ciri-ciri inilah yang melengkapkan rencah drama bersiri ini.
Bong musim keenam ini mendapat taja daripada Whiskas yang amat bersesuaian dengan drama ini kerana pada musim ini penonton dapat melihat gelagat Aisha yang memelihara seekor kucing comel.
Manakala dalam satu episod, Aisha memanggil Kucing itu Bong kerana kerinduannya terhadap Bong yang jauh di kampung. Kerinduan Aisha dan adik-beradiknya terubat dengan kehadiran kucing itu.
Drama bersiri Bong dilihat berupaya mengekalkan reputasi yang baik di mana ia dapat menarik minat hampir satu juta penonton.
Membariskan pelakon berbakat besar dalam lakonan Mohd Khairul Ikhwan atau Ikhwan menjadi teraju utamanya memegang peranan sebagai Bong.
Kali ini Bong bekerja di syarikat kepunyaan Datuk Sabaruddin yang juga majikan kepada abangnya, Long lakonan Mustapha Kamal dan Seri lakonan Jasmin Hamid.
Walaupun sudah bekerja, namun Bong masih menjaga keempat anak buahnya Maria, Johan, Aiman dan Aisya. Berjayakah Bong membahagikan masa sebaik mungkin dengan kerjaya barunya? Bagaimanakah pula hubungan Bong dan Nisa? Adakah mereka akan bersatu semula atau sebaliknya?
Musim terbaru ini menyaksikan lebih banyak konflik dan gelagat lucu berlaku dalam keluarga Long seiring dengan kematangan semua watak dalam mengharungi hidup ke arah kedewasaan. Perubahan demi perubahan dapat dilihat dalam siri Bong musim ini untuk tampil lebih mantap. Lebih menarik, penonton yang mengikuti siri ini sejak dulu, berpeluang melihat pelakon cilik dalam Bong membesar bersama watak yang dibawa.
Antara barisan pelakon yang sentiasa menggamatkan keluarga Bong ini adalah Mustapha Kamal (Long), Jasmin Hamid (Kak Seri), Nurul Aqilah Faiqah (Maria), Maisaraa Syahfiedzrien (Aisha), Faizul (Johan), dan Syahir (Aiman).
Bong musim ini diterajui oleh Hafiez Othman sebagai pengarah manakala penerbit Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee. Saksikan temu janji anda bersama TV9 setiap hari Isnin jam 9.35 untuk mengikuti kerenah dan gelagat Bong serta anak-anak buahnya yang riuh rendah dengan pelbagai gelagat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: