KUALA LUMPUR – Kes-kes jenayah seperti ragut, seluk saku dan samun (tanpa senjata) yang melibatkan penumpang bas awam di ibu negara ini kini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, berdasarkan statistik sepanjang Januari sehingga Disember 2008, pihaknya menerima lebih 24 kes membabitkan kejadian jenayah tersebut.
“Malah dalam tempoh tiga bulan ini saja, iaitu dari Januari hingga Mac, sebanyak 12 kes yang dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan yang agak membimbangkan.
“Pihak polis memandang serius peningkatan tersebut. Walaupun terdapat beberapa tangkapan dilakukan namun kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kes itu dapat dikurangkan dari semasa ke semasa,’’ katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop antara Polis Kuala Lumpur dan RapidKL di sini, semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif RapidKL, Suffian Baharuddin dan wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, William Lee.
Muhammad Sabtu bagaimanapun memberitahu, kadar tersebut dapat dikurangkan jika masyarakat sentiasa menjadi `mata dan telinga’ pihak polis dengan melaporkan sesuatu kes jenayah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: