Wednesday, April 29, 2009

Mana laporan bedah siasat isteri




KUALA LUMPUR – Seorang suami merayu kepada pihak hospital supaya menyegerakan laporan bedah siasat terhadap isterinya yang mati ketika mendapatkan rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang 25 Mac lalu.

Zaharuddin Zainuddin, 35, berkata, dia hairan mengapa pihak hospital mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan laporan tersebut.

Zaharuddin juga mempersoalkan tindakan doktor yang masih belum mengeluarkan keputusan bedah siasat walaupun sudah 36 hari isterinya meninggal dunia.

“Mengapa mengambil masa terlalu lama sedangkan pihak Kementerian Kesihatan hanya memberikan tempoh selama seminggu sahaja bagi menyediakan laporan.

“Saya telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 6 April lalu selepas laporan Jabatan Kimia dikeluarkan tetapi hingga sekarang tiada apa-apa perkembangan,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 26 Mac lalu, Noraini Mohd. Ghazali, 32, yang merupakan pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal dan mahu memiliki potongan badan menarik maut dipercayai selepas mendapat suntikan rawatan kecantikan.

Mangsa meninggal dunia pukul 5 petang di sebuah klinik swasta di Ampang yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan selepas menerima rawatan sebanyak 14 kali sejak Disember 2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: