Wednesday, April 29, 2009

RM15 sahaja di Hotel Star City


PENGUNJUNG hotel boleh menikmati 30 jenis hidangan pada harga serendah RM15 untuk sajian minum petang.


JIKA anda bosan dengan menu yang sama pada waktu petang, mungkin penduduk di sekitar bandar raya Alor Setar, Kedah boleh mengunjungi Hotel Star City.

Ini kerana pada harga RM15 seorang, anda boleh menikmati sebanyak 30 jenis makanan termasuk kuih-muih dan mi.

Lebih istimewa, minum petang anda akan turut dihiburkan dengan band yang menyanyikan pelbagai lagu secara langsung sebagai halwa telinga pengunjung.


ANTARA pencuci mulut yang dihidangkan di Hotel Star City.


Pakej yang ditawarkan oleh hotel bertaraf tiga bintang itu adalah pertama kali diadakan dan orang ramai boleh mengunjunginya bermula 25 April lalu. Promosi itu hanya setiap Sabtu sahaja.

Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Diana Razak, bagi memastikan pengunjung yang datang tidak berasa jemu, menunya akan ditukar setiap minggu seperti masakan Barat, oriental dan Melayu.


PELBAGAI aneka biskut yang lazat disajikan.


"Selain itu, untuk pencuci mulut pula kita ada kek, sandwic, buah-buahan, puding dan macam-macam lagi. Ini adalah untuk memastikan orang ramai tidak bosan dengan menu yang kita sajikan," katanya.

Diana menambah, adalah lebih baik sekiranya pengunjung yang ingin datang menikmati minum petang membuat tempahan terlebih dahulu.

"Dengan tawaran harga semurah RM15 sambutan yang kami terima setakat ini sangat menggalakkan," katanya.

Kebanyakan pengunjung terdiri daripada individu yang datang dengan keluarga selain kunjungan bersama kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: