KISAH ini membabitkan seorang pelakon wanita muda yang sememangnya berbakat besar.
Walaupun dia masih muda, bakatnya itu mampu mengalahkan pelakon yang lebih senior. Berilah apa sahaja watak kepadanya dan hasilnya sudah tentu tidak akan mengecewakan penonton.
Papa tidak sangka di sebalik personalitinya yang sentiasa ceria itu rupanya dia juga tidak boleh menerima kritikan atau cerita buruk yang disiarkan media tentang dirinya.
Kalau ada cerita buruk dan kritikan tentang dirinya, dia akan mengurung dirinya dalam bilik dan menangis sepuas-puasnya. Hampir setiap malam jugalah dia akan berbuat demikian.
Alamak adik, masakan sampai macam itu sekali. Papa tengok kalau ada keluar cerita tentang diri awak, tak pernah ada yang keterlaluan.
Tak bolehlah macam itu. Kenalah bersedia untuk dikritik dan Papa rasa wartawan hiburan di Malaysia semuanya baik-baik belaka dan belum sampai tahap agresif.
Kalau tiada yang mengkritik, macam mana kita nak tahu kelemahan kita?
Bukankah itu sebagai satu semangat dan cabaran untuk memperbaiki diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Renung-renungkan ya. Lagipun, awak masih muda dan perjalanan seni masih panjang lagi.
Tabahkan hati dan kuatkan semangat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: