DALAM acara hiburan seperti persembahan pentas, kehadiran artis adalah penting. SS setuju apalah makna persembahan jika tiada artis muncul. Bagi peminat, peluang bertemu artis secara lebih dekat suatu yang dinantikan. Apatah lagi jika persembahan diadakan di kawasan pedalaman. |
Namun, dalam pelbagai aktiviti kebelakangan ini, SS terdengar cerita satu penganjur bersikap pilih kasih terhadap artis yang dijemput untuk menjayakan satu acara promosi di luar Lembah Klang baru-baru ini. Mengikut cerita, beberapa artis sudah dikenal pasti bagi menjayakan acara itu.
Biarpun, mengikut perancangan asal semua artis ini diminta untuk pergi bersama-sama dengan pengangkutan bas yang disediakan, tetapi dalam diam, lain pula ceritanya.
Rupa-rupanya ada artis mendapat keistimewaan naik kapal terbang. Pada SS, perkara ini bukan isu besar untuk dihebohkan, tetapi jika betul sikap penganjur begitu, pasti artis lain yang ikut sama pada acara itu 'makan hati'.
SS sendiri pernah lalui pengalaman sama, tetapi bezanya rakan SS dapat naik kapal terbang lain yang lebih mewah daripada SS. Bukan soal SS tidak bersyukur, tetapi SS sendiri terasa bila ada orang lain dapat keistimewaan, pada hal penganjur perlu bersikap adil. Dalam kes artis berkenaan, mungkin SS fikir dia lebih popular daripada artis lain hinggakan layak dapat keistimewaan.
Senang cerita, kalau artis lain rasa tidak selesa dengan pengangkutan percuma yang disediakan, lebih baik bayar duit sendiri pergi ke acara itu. Tapi, jika acara itu sekadar promosi percuma tetap beri masalah pada artis. Sekarang ini kegawatan ekonomi turut dirasai artis hingga ada yang mula belajar berjimat dan mencari peluang lain menambah pendapatan sampingan.
Sebaliknya, ada seorang artis yang mengikut acara itu sanggup pergi dengan kereta sendiri walaupun dia sibuk dengan acara lain pada keesokan harinya. SS percaya setiap masalah ada jalan penyelesaian. Mungkin ada ketika, artis jangan terlalu berkira dengan penganjur dan anggap peluang buat persembahan percuma sebagai promosi diri untuk meraih sambutan peminat.
Bagi penganjur pula, penting untuk menghargai artis yang terbabit dengan acara yang dianjurkan agar diberi layanan memuaskan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: