Thursday, April 30, 2009

Punggung tersangkut pada pancang pagar


PUNGGUNG Pasiwe tersangkut pada pancang pagar di Johannesburg, Afrika Selatan.


JOHANNESBURG - Gara-gara mabuk, seorang lelaki di sini, Siyana Pasiwe mendapat aib besar apabila punggungnya tersangkut pada pagar keselamatan ketika dia cuba melompat masuk ke halaman sebuah muzium, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam insiden itu, Pasiwe, 32, tersangkut pada pagar tersebut selama dua jam, tetapi dia menyatakan tidak merasai kesakitan kerana mabuk.

Beberapa petugas bantuan terpaksa menggunakan sebilah kapak bagi memotong pancang pagar sepanjang 30 sentimeter pada awal bulan ini.

Pasiwe menafikan cuba menceroboh ke dalam muzium itu dan menyatakan dia tertidur setelah mabuk dan cuba melenyapkan pengaruh alkohol dengan membuat lompatan tersebut.

"Apabila saya tersedar, saya mengambil keputusan untuk berjalan pulang dan apabila melihat sebatang pokok di lokasi itu, saya menyangka dapat melompat ke sebelah sana," katanya.

Dia mengalami kecederaan pada bahagian perut dan usus kecil dalam kemalangan itu tetapi sudah dibenarkan keluar dari hospital.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: