BUAT julung kalinya, jenama donut terkemuka antarabangsa Krispy Kreme membuka cawangan pertama mereka di negara ini yang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Bersempena dengan pelancaran tersebut, ia bukan saja dipenuhi oleh pengunjung yang ingin merasai pelbagai aneka donat itu, malah majlis meriah tersebut turut dihadiri oleh artis-artis tanahair yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri donat-donat lazat itu.
Antara selebriti yang hadir ialah selebriti Noryn Aziz, Azura Zainal dan Chelsia suka makan donat Krispy Kreme. Masakan tidak, mereka adalah antara yang paling awal terpacak di gerai donat yang baru dibuka di kompleks beli-belah, Berjaya Times Square, semalam.
Ternyata, kehadiran mereka menyerikan pelancaran stor Krispy Kreme yang pertama di negara ini.
mStar berpeluang berborak-borak dengan mereka untuk mendengar perkembangan terbaru masing-masing.
Azura Zainal
Penyanyi, model dan aktres Azura Zainal bakal mengembara ke Chiang Mai, Afrika Selatan dan Filipina mulai Jun ini untuk membuat sesi penggambaran Xplorasi musim ketujuh.
Menurutnya, dia akan ia adalah lanjutan daripada siri program pengembaraan dan pemuliharaan alam sekitar, Xplorasi 6 yang disiarkan di RTM1 pada Sabtu, 5 petang.
Perbezaannya jelasnya, adalah fokus penggambaran program itu kini dilebarkan sayapnya ke luar negara selepas menjelajah ke seluruh negara.
"Ia memang meletihkan tetapi seronok. Saya menantikan peluang itu," kata Azura yang gemar aksi-aksi lasak seperti menyelam dan mendaki gunung.
Katanya, ini kerana setiap penggambaran biasanya mengambil masa 1 hingga 2 minggu.
Mengulas mengenai peranannya sebagai hos Xplorasi, Azura memberitahu, dia akan terlebih dahulu membuat penyelidikan secukupnya.
"Seperti bagaimana untuk memelihara dan memulihara diversiti alam sekitar," ujarnya yang pernah ke Sipadan, Sabah untuk membuat sesi penggambaran.
Azura yang juga `health freak' berkata, dia turut menghos program "Get In Shape" yang sedang disiarkan di RTM2 dengan gandingan hos, Jien.
CHELSIA NG
Chelsia Ng bakal membuat penggambaran satu filem Melayu-Hokkein pada Jun ini. Bagaimanapun, penyanyi dan aktres itu tidak dapat mendedahkan nama filem itu, buat masa ini.
Menurutnya, filem baru itu mengisahkan pasangan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka.
Sementara itu, Chelsia berkata, drama Ampang Medikal 2 yang turut dibintanginya akan ke udara pada 30 Julai ini.
"Saya juga terlibat dalam filem Papadom oleh Aflin Shauki dan Stamp oleh Kabir Bhatia," ujarnya sambil menambah dia akan
berlakon sebagai mualaf dalam filem Issandra yang turut dibintangi bersama, Jue Aziz.
Tatkala Chelsia sibuk terlibat dalam filem, dia turut tidak meninggalkan bidang nyanyian kerana dia sebenarnya menggemari kedua-dua bidang.
"Saya sangat suka berlakon tetapi saya juga seorang penyanyi. Terbaru, saya menyanyikan lagu Masih Jua yang merupakan lagu tema untuk Ghost 2," katanya yang membuat single dulu.
Lagu-lagu single lain yang dibawanya ialah "He knew me" dan "Angel in Ghost".
Dalam pada itu, Chelsia yang sangat suka makan donat berkata, dia merasa donat ketika pertama kali menjejakkan kaki di San Francisco, Amerika Syarikat.
"Kawan saya memberitahu: 'Anda kena cuba makan donat ini?' Pada awalnya, biasa sahaja. Tetapi, lama-kelamaan `ketagih' pula kerana ia crispy (rangup dalam kelembutan)." katanya sambil tersenyum tersipu-sipu.
NORYN AZIZ
"Bukan AMN tetapi PJK," kata Noryn Aziz ketika mengulas penerimaan gelaran tersebut baru-baru ini. Jelasnya, AMN adalah daripada kerajaan persekutuan, sementara PJK daripada kerajaan negeri Selangor.
"Mula-mula, saya tidak ingin menghebohkannya... cuma nak senyap-senyap... Malah saya tidak mengundang wartawan pun, tetapi perkara itu dihidu media.
Ketika ditanya sama ada dia telah melakukan secukupnya untuk menerima pangkat itu, katanya: "Saya berharap begitu." "Sejak mula menyanyi, saya telah melakukan beberapa persembahan amal. Saya tidak berkira-kira sangat. Misalnya, kalau tidak cukup bajet, tidak menyanyi." di belakang tabir kerja-kerja yang dilakukan.
Mengimbas kembali detik-detik kegemilangan itu, Noryn berkata: "saya ingat surat daripada kerajaan negeri Selangor itu ditujukan kepada ibunya yang juga seorang pekerja kerajaan.
"Kemudian, saya diberitahu saya benar-benar bertuah kerana mendapat pangkat terhormat itu. Kerana bekerja 20 tahun baru dapat pangkat itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: