JARANG benar Papa mendengar gosip mengenai penyanyi ini yang juga seorang janda yang masih bergetah.
Selepas perkahwinan pertamanya musnah di pertengahan jalan, dia bangkit membina kekuatan baru.
Adat hidup menjanda sudah tentu kehidupan wanita sepertinya diintai ramai.
Suatu ketika dulu, penyanyi ini juga pernah didakwa menjalin hubungan sejenis, sedangkan hakikatnya berita itu tidak benar sama sekali.
Terbaru cerita yang sampai ke telinga Papa, dia mula diintai kerabat diraja.
Kerana personaliti menawan, vokal hebat serta kecantikannya yang bisa mencairkan hati lelaki, Papa diberitakan artis wanita ini diminati lelaki yang terdiri daripada golongan aristokrat dari sebuah negeri di pantai timur.
Khabarnya, lelaki berkenaan benar-benar terpikat dengan kebaikan yang ada pada penyanyi wanita itu.
Sejauh mana kebenarannya Papa tidak dapat sahkan lagi kerana hanya setakat itu saja berita yang disampaikan oleh orang yang rapat dengan penyanyi berkenaan.
Nantilah kalau ada cerita lanjut, sudah tentu Papa akan kongsi dengan anda semua okey.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: