Thursday, April 30, 2009

Demi Paris, teman lelaki sanggup bergaduh di kelab

Gara-gara ingin menyelamatkan kekasih, Doug Reinhardt sanggup bergaduh di sebuah kelab di Los Angeles

TEMAN lelaki Paris Hilton, Doug Reinhardt terlibat di dalam pergaduhan di sebuah kelab di Los Angeles setelah melihat seorang lelaki cuba meraba teman wanitanya itu, baru-baru ini.

Menurut sumber, pasangan kekasih itu sedang menari ketika seorang pengunjung kelab itu mendekati Hilton dan cuba menyentuh dada selebriti popular itu.

"Doug melindungi kekasihnya dan menolak lelaki tersebut. Selepas itu beberapa rakan Doug muncul dan telah memukul lelaki itu. Doug kemudiannya dihalau oleh selebriti keluar dari kelab tersebut," kata sumber.

Insiden tersebut turut mengejutkan rakan selebriti Paris, Jessica Alba dan Cash Warren yang ketika itu sedang menari bersama-sama Hilton dan Reinhardt.

"Alba dan Cash memandang antara satu sama lain dan hanya berkata "wow"," kata seorang saksi.

Namun begitu, Hilton dan Reinhardt nampaknya tidak terjejas dengan kejadian itu. Mereka dilihat sempat bermesra dengan Brody Jenner sekitar 1.20 pagi sebelum beredar pada pukul 2 pagi.

Walaupun insiden itu mempunyai ramai saksi, jurucakap Reinhardt berkata: "Doug tidak terlibat di dalam pergaduhan pada malam itu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: