Thursday, April 30, 2009

33 berentap ke Hollywood




ANTARA peserta yang layak bertanding peringkat akhir WorldStars Road to Hollywood.

Siti Sarah Raisuddin, Bob taruh harapan untuk jual bakat di pusat hiburan dunia

SIAPA di antara mereka yang layak meneruskan Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) yang bakal berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai depan.

Semuanya bakal terjawab selepas 33 peserta akhir bakal berentap mengikut kategori masing-masing pada pertandingan akhir WorldStars Road to Hollywood yang bakal disiarkan secara langsung pada 3 Mei ini bertempat di Istana Budaya.


Kejohanan persembahan dunia atau boleh dianggap sebagai kejohanan persembahan seni olimpik itu bakal disertai peserta negara bersama 61 negara lain yang dianggap kejohanan seni terbesar di dunia.

Ketua Delegasinya yang juga Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (KPKKK), Datuk Mohamed Mohd Daud berkata, penyertaan negara ke kejohanan itu bertujuan memasarkan seni budaya negara ke peringkat antarabangsa.

“Kita berharap dengan penyertaan negara ke kejohanan itu mampu mengkomersial dan mempromosikan produk budaya tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

SARAH dan Bob akan bersaing merebut tempat untuk ke WCOPA.

“Kejohanan ini akan disertai 61 negara di dunia dan menjadi acara kesenian terbesar di dunia. Alangkah beruntungnya peserta yang dapat mengikuti ke kejohanan itu untuk membawa nama negara disamping menerima pelbagai imbuhan yang bakal diberikan.

“Kita mencari peserta yang betul-betul menepati aspek profesional dalam bidang seni yang mempertaruhkan beberapa kategori seperti nyanyian, tarian, lakonan, peragaan dan permainan alat muzik,” katanya pada sidang media mengumumkan peserta yang layak bertanding pada peringkat akhir WorldStars Road to Hollywood yang juga boleh disaksikan menerusi TV2 jam 8.30 malam 3 Mei ini.

Seramai 32 peserta akhir yang layak bertanding pada peringkat akhir ini bukanlah calang-calang peserta kerana semuanya berpengalaman luas dalam bidang seni masing-masing.

Antara kategori nyanyian yang mendapat perhatian adalah Siti Sarah Raissuddin yang turut menaruh harapan tinggi untuk bertanding di peringkat dunia.

“Saya akui ini adalah kejohanan terbesar yang akan saya sertai sekiranya saya terpilih untuk ke sana. Sebelum ini kita banyak mendengar pelbagai program realiti yang lebih menitikberatkan nilai populariti saja tanpa mengesan bakat semula jadi.

“Dana saya dapat rasakan ini adalah program yang betul-betul menguji bakat kita di kejohanan dunia. Jika kita popular di negara ini disebabkan populariti, belum tentu kita dikenali di sana kecuali bakat yang sememangnya sudah dikurniakan tuhan kita gunakan sebaik mungkin.

“Sekiranya rezeki saya terpilih untuk ke Hollywood, sudah tentu saya akan mencuba ke semua kategori yang maksimum boleh diambil iaitu sebanyak lima kategori.

“Buat masa ini saya sudah bersedia dengan latihan yang cukup dan saya mengambil masa selama sebulan untuk fokus kepada teknik nyanyian disamping vokal dan kesihatan,” katanya.

Selain itu, peserta yang turut mencabar kedudukan Siti Sarah ialah Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop.

“Persediaan saya adalah dari segi kekuatan vokal kerana sekiranya saya terpilih untuk ke sana peserta hanya diminta menunjukkan bakat mereka hanya selama satu minat saja dan masa itu akan digunakan sebaik mungkin.

“Bagi saya ini adalah cabaran yang berat untuk semua peserta kerana dalam satu minit kita harus gunakan sebaik mungkin untuk menambat hati juri yang betul-betul profesional dari luar negara membabitkan bidang mereka,” katanya.

Tahun ini, negara bakal menyertai kejohanan itu buat kali ke empat dan menjadi tahun kedua di bawah pengendalian KPKKK. Jika tahun lalu, negara membawa pulang sebanyak 27 pingat dan berharap meningkat sebanyak 30 pingat tahun ini.

INFO: Peserta yang layak bertanding peringkat akhir WorldStars Road to Hollywood

  • Kategori Penyanyi
    1. Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri, 14
    2. Hara Hanara Harun, 16
    3. Sean Chong Tai Cern, 18
    4. Putri Norizah Ibnor Riza, 18
    5. Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23
    6. Norhasmidar Ahmad, 23
    7. Hakim Ikram Zakaria, 24
    8. Siti Sarah Raissuddin, 25
    9. Yusrizan Usop, 27
    10. Suib Zainin

  • Kategori Tarian
    <11. Noor Diana, 23
    12. Azharudin Ramli, 25
    13. Sharifah Nabilah Syed Abd Aziz, 25
    14. Leslie anak Eli, 27
    15, Saifful Hirman, 28
    16. Kumpulan IB

  • Kategori Alat muzik
    17. Ashley Mah Hwee Ling, 16
    18. Brien Chia Zi Hao, 18
    19. Jerry anak Kamit, 35
    20. Kumpulan Tuku’ Kame’

  • Kategori Peragaan
    21 Zulyasrani Zaulyaddin, 21
    22. Siti Nurizana Iskandar, 23
    23. Mohd Raffie Karama, 24
    24. Khairul Nizam Nazri, 24
    25. Dilla Syahirah Abd Latiff, 25
    26. Wilson Tan Siong Ping, 27
    27, Ramsheh Singh, 28
    28, Anita Abd Aziz, 37

  • Kategori Pelakon
    29. Nurul Ain Zainudin, 17
    30. G Pathieswaran, 16
    31. Ros Ramona Qadira, 18
    32. Sharifah Aqilah Syed Ahmad Bakhir, 22
    33. Putri Mardiana, 28
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: