KOSTROMA - Sebuah kereta sport buatan Amerika Syarikat (AS), Dodge Viper dengan nombor pendaftaran 666 yang kerap dikaitkan dengan pembawa nasib malang dan nombor syaitan, hangus dalam satu kebakaran di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam insiden di Rusia itu, kereta berharga AS$91,220 (RM327,275) yang mempunyai keupayaan 600 kuasa kuda (bhp) itu meletup.
Apa yang ganjil, kebakaran itu bermula dari bahagian dalaman kenderaan yang belum diketahui puncanya.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada terdapat individu yang cedera dalam letupan tersebut.
Angka 666 mencetuskan misteri kepada ilmuwan Kristian sejak beberapa abad lalu kerana ia dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.
Menurut kepercayaan penganut Kristian, angka itu tidak boleh diniagakan kerana ia dipercayai sebagai nombor syaitan.
Sebelum ini, nama seorang Maharaja Rom, Nero, dikatakan menyamai angka 666 apabila ejaannya dinilai menggunakan sistem abjad Ibrani.
Nero terkenal dalam sejarah sebagai seorang maharaja yang amat kejam kerana membunuh penganut Kristian dengan sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: