Thursday, April 30, 2009

Medium pengiklanan


SCITOS A5 boleh bergerak selama 12 jam tanpa perlu mengecaskan bateri.


SCITOS A5 sememangnya mencuri tumpuan kerana sifat fizikalnya yang comel. Sebagai medium pengiklanan yang tepat ia boleh menjawab 80 hingga 90 peratus soalan pelanggan. Malah, ia juga mampu menjelaskan tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Teknologi Intel itu memudahkan perhubungan dengan rangkaian sedia ada bagi menghantar input atau maklumat tanpa wayar. Pada ketinggian 1.5 meter dan seberat 75 kilogram, Scitos A5 boleh bergerak selama 12 jam tanpa perlu mengecas bateri.

"Rupanya yang comel menarik perhatian ramai orang yang datang berbual," kata Johannes Trabert, seorang jurutera di Metralabs, Jerman yang mencipta robot ini.

Scitos A5 boleh melakukan kerja-kerja mudah di pasar raya dan pameran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: