Thursday, April 30, 2009

Bukan taktik pancing pendengar


MPRN, WOA, WWF, Unicef dan Persatuan SLE bekerjasama dalam memenuhi tanggungjawab sosial berhubung masalah berbangkit yang dihadapi seantero dunia.

Rangkaian Radio Media Prima terus sokong aktiviti NGO tangani isu masyarakat

USAHA murni yang dilakukan tiga stesen naungan Rangkaian Radio Media Prima (MPRN), Hot FM, Fly FM dan One FM di sebalik pembabitan teguh menyokong aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) meningkatkan kesedaran sivik mengenai isu sedunia, masalah sosial dan kemasyarakatan bukanlah sekadar taktik memancing jumlah pendengar untuk terus setia menaikkan rating.

Paling penting, ia perlu dilihat daripada skop yang lebih luas yakni sebagai tanggung jawab sosial korporat MPRN terhadap negara. Malahan, ia adalah satu janaan sumbangan MPRN sebagai capaian sumber media terhadap landskap masyarakat di Malaysia.

Ini juga sebagai bukti betapa kuat kuasa radio sebagai medium hebahan yang paling efektif untuk menyampaikan sesuatu kempen mahupun maklumat berguna di samping mendidik pengguna.

Perkara ini diakui sendiri Ketua Pegawai Operasi MPRN, Seelan Paul dalam sidang media yang dijalankan baru-baru ini membabitkan usaha sama radio terbabit dengan pertubuhan seperti WAO (Women’s Aid Organisation), WWF (World Wildlife Fund), Persatuan SLE (Systemic Lupus Erythematosus) dan organisasi antara bangsa, Unicef (United Nations Children’s Fund).

Kata Seelan, tanggung jawab murni yang sedang giat dirancang dengan setiap empat wakil pertubuhan terbabit ini bukanlah yang sulung dilaksanakan MPRN. Malah sejak tahun lalu lagi, MPRN sudah mula terbabit dengan beberapa badan melalui projek tertentu.

Baru-baru ini, stesen radio itu menyahut seruan WWF terhadap projek Earth Hour dengan menghentikan siaran selama sejam demi pemanasan global.

Katanya lagi, tidak mustahil agenda ini mampu dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar MPRN. Pendekatan tiga ‘O’ iaitu ‘on air’, ‘online’ dan ‘on-ground’ juga akan digunakan dalam merealisasikan apa yang ingin

“Cuma pada tahun ini kita rasa perlu ada fokus, lalu terhasillah jalinan kerjasama membabitkan Unicef, WAO, WWF dan Persatuan SLE. Ia satu kejayaan bersejarah buat MPRN untuk membabitkan diri secara langsung dengan aktiviti sebegini bersesuaian dengan pelbagai isu mengenai wanita, penyakit, kanak-kanak, alam sekitar dan planet yang kita diami ini.

“Projek ini akan berjalan sepanjang tahun ini dan kita akan memberikan maklumat dan tips berguna secara ‘on-air’ untuk setiap empat pertubuhan itu mengikut peruntukan masa yang disediakan dalam lingkungan skala lima kali hebahan setiap hari. Tapi di laman web kami secara online, ia berjalan secara berterusan setiap hari.

“Selain itu, kita juga akan terbabit turun padang (on ground) secara intensif dalam setiap projek yang direncanakan pertubuhan itu. Ketika itulah penyampai radio stesen kami akan terbabit menjayakan aktiviti berkaitan. Sebagai contoh, kerjasama dengan Persatuan SLE dijelmakan melalui projek Walk A Payung pada 13 Disember ini,” kata Seelan.

Memorandum persefahaman yang sudah termeterai di antara lima pihak itu turut dihadiri Ketua Radio MPRN, Ahmad Izham Omar. WAO diwakili Ivy Josiah, Datuk Dr Dionysius Sharma (WWF), Prof Dr Esha Das Gupta (SLE) dan Youssouf Oomar (Unicef).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: