|
|
PETALING JAYA – Selepas dua minggu dibebaskan, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa penculikan membabitkan wang tebusan berjumlah RM1 juta 10 April lalu tampil membuat kawat cam terhadap 13 suspek yang masih ditahan reman.
Dia yang ditemani ibunya dilihat tiba di ibu pejabat polis daerah ini pukul 11.15 pagi dengan menaiki kenderaan pasukan keselamatan.
Tinjauan Kosmo! mendapati wanita dan kanak-kanak itu menutup muka mereka dengan sehelai jaket untuk mengelakkan wajah mereka diambil.
Dia kemudiannya menghabiskan masa selama empat jam untuk membuat kawat cam terhadap kesemua suspek di lokap polis tersebut.
Mereka yang masih ditahan terdiri dari 10 lelaki dan tiga wanita dipercayai bagi membantu polis menjalankan siasatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.
“Ini isu sensitif dan sebarang kesilapan akan membahayakan nyawa mangsa yang mungkin akan diganggu atau diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Khamis lalu, polis mengumumkan kejayaan menumpaskan satu kumpulan yang terbabit dalam penculikan seorang kanak-kanak dengan tertangkapnya 17 orang termasuk empat wanita.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: