Thursday, April 30, 2009

Kamera 3 'K'




HADIR dengan warna-warna menyerlah seperti oren, biru, perak dan hijau zaitun, rangkaian kamera digital Panasonic Lumix DMC FT-1 ini sememangnya boleh dibanggakan. Ia adalah sebuah kamera tiga 'K' iaitu kalis air (sehingga kedalaman tiga meter), kalis goyang (dari ketinggian 1.5 meter) dan kalis habuk.

Salah satu kelebihan rangkaian Lumix adalah optik Leica yang juga terdapat dalam kamera digital FT-1 ini. Biarpun tidak memiliki lensa kamera yang panjang tetapi hanya pada zoom optikal 4.6 kali ganda, Lumix DMC FT-1 ini menghasilkan imej-imej yang cukup menakjubkan.

Tidak seperti kebanyakan kamera, warna natural pada gambar FT-1 ini tidak terlampau biru atau hijau. Skrin LCDnya memudahkan anda melihat di dasar laut biarpun pada ukuran 2.7 inci sahaja.

Ciri-ciri pengecaman wajah adalah satu bonus dalam kamera 12.1 megapiksel ini. Kamera ini mampu mengecam sesuatu wajah yang telah dirakamkan berkali-kali dan anda akan diminta mendaftar dan melabelkannya dengan nama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: