PENYANYI bermasalah, Amy Winehouse merancang untuk terus tinggal di St Lucia, Carribean.
Penyanyi tersebut yang kembali ke Pulau Carribean bulan ini sempena dengan percutiannya selama 71 hari itu dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak mahu lagi kembali ke Britain.
"Amy bosan dengan tekanan dan trauma yang dilaluinya bila berada di London. Dia telah mula mempunyai kawan yang ramai di St Lucia dan merasakan tempat itu seperti rumahnya sendiri.
"Bila dia kembali ke Britain bulan lalu, dia benar-benar rasa seperti orang asing," kata sumber.
Penyanyi lagu Rehab itu juga dikatakan sedang meninjau aset hartanah untuk dibeli di sana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: