AKTOR Hollywood, Hugh Jackman bercadang untuk tidak lagi membintangi siri X-Men kerana merasakan watak Wolverine yang dibawanya itu 'semakin lembut' dan sudah berkurangan aksi 'ganas'.
Jackman terfikir untuk berbuat demikian selepas mendapati wataknya itu tidak berkembang setelah muncul di dalam tiga siri filem itu.
"Apa yang saya tidak dapat rasakan menerusi watak ini ialah karektor mengamuk yang 'hebat' seperti mana yang digambarkan di dalam versi komik," katanya.
"Saya rasakan Wolverine semakin 'lembut' di dalam X-Men 3 dan saya ingin bawakannya semula kepada kualiti 'jahat' itu. Dia seorang yang kuat dan tidak bercakap perkara yang betul.
"Mesti ada kerumitan dalam karektor ini. Dia seorang yang tegas tetapi dia telah mengharungi banyak keperitan hidup. Ia bukan muda.
"Ia bukan satu watak yang 'cacat'. Sebab itu saya sukakan watak ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: