KUANTAN - Tiga bot nelayan pukat tunda hangus dalam kebakaran yang melibatkan kerugian RM2.4 juta di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini semalam.
Penolong Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Hamdani Madon berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi, tiga jentera dengan 18 anggota dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.15 pagi.
"Sampai di tempat kejadian dua daripada bot yang terbakar telah hanyut ke jeti Tanjung Lumpur sebelum meletup dan karam.
"Letupan berkenaan turut menyebabkan dua buah bot kecil di jeti berkenaan terbakar," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, dalam kejadian itu tiada mangsa terkorban dan bomba masih menyiasat punca kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: