Wednesday, April 15, 2009

Terkejut tolak kereta bawa mayat


Inilah kereta yang membawa mayat dan ditolak empat warga Indonesia di Kampung Batu 8, Ijok, Kuala Selangor malam kelmarin.



Suryat


KUALA SELANGOR - Empat pekerja ladang warga Indonesia menggigil ketakutan selepas ternampak satu mayat lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta yang baru ditolak selepas terkandas di kawasan berlumpur di belakang rumah sewa mereka di Kampung Batu 8, Ijok di sini kelmarin.

Seorang pekerja terbabit, Suryat Sartab, 39, berkata, sebelum kejadian pukul 10 malam, rumahnya diketuk oleh dua lelaki dipercayai Cina yang meminta bantuan menolak sebuah kereta Proton Waja yang tersangkut dalam lumpur.

"Dua lelaki itu memberitahu, kereta mereka terkandas di situ selepas tersilap masuk jalan," katanya semasa ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.

Menurutnya, dia dan tiga rakannya curiga melihat dua lelaki itu yang memasuki kawasan tersebut dengan lampu kereta tidak dinyalakan.

"Dalam gelap dan hujan renyai-renyai, kami cuba menolak keluar kereta itu tetapi selepas beberapa kali mencuba gagal menyebabkan mereka berehat di depan rumah," cerita Suryat.

Katanya, semasa menghampiri kereta itu, tidak ada seorang antara mereka yang nampak apa-apa di dalam kereta tersebut.

"Beberapa minit berehat, kami kemudiannya mendapati kedua-dua lelaki itu telah menghilangkan diri," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: