Wednesday, April 15, 2009

Dada rasa nak meletup - Zainal




KUALA LUMPUR - "Rasa macam nak mati, jantung saya macam terbakar," itu luahan penyanyi popular, Zainal Abidin (gambar) ketika menceritakan saat kritikal yang dihadapinya sebelum menjalani pembedahan angioplasti jantung di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Sabtu lalu.

Sehari selepas dibedah penyanyi yang terkenal dengan lagu Hijau itu bagaimanapun disahkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah tengah hari semalam.

"Semasa doktor mengesahkan saya mendapat serangan jantung dan ada saluran arteri yang tersumbat, saya jadi panik dan menyerahkan bulat-bulat kepada doktor. Isteri saya yang buat keputusan untuk dibedah sebab ketika itu saya sudah separuh sedar.

"Dada saya sakit bagai dipulas-pulas dan dihimpit, macam nak meletup rasanya. Saya berserah kepada Tuhan dan tidak henti beristighfar sepanjang dibawa masuk dan berada dalam bilik bedah," kata Zainal yang bersyukur kerana semuanya sudah selamat.

Sabtu lalu, Zainal, 50, tiba-tiba sahaja diserang sakit dada ketika berada di rumahnya di Bangsar.

Selepas bertemu doktor, Zainal kemudian disahkan mendapat serangan sakit jantung dan perlu segera dibedah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: