
DIA mengakui menggemari keganasan tahap maksimum dan itu antara sebab utama dia menerima tawaran berlakon filem X-Men Origins: Wolverine yang bakal ditayangkan pada 29 April ini.
Ryan Reynolds yang melakonkan watak antagonis, Deadpool dalam filem lakonan utama Hugh Jackman itu berkata: "Anda tidak akan menyaksikan pertarungan yang menumpahkan banyak darah seperti dalam filem Kill Bill menerusi X-Men Origins: Wolverine.
"Tapi saya fikir dalam filem terbaru itu nanti, anda akan saksikan keganasan yang lebih hitam dan jitu - sesuatu yang saya cukup suka."
Menerusi filem itu, Reynolds melakonkan sendiri babak ngeri termasuk babak berlawan pedang.
"Saya berlatih selama berbulan-bulan untuk memahirkan diri menggunakan pedang dan saya diberi tanggungjawab menghidupkan karakter ganas seperti mengerat rahang orang lain sehingga bersepai di lantai," jelasnya kepada majalah Total Film.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: